Latest News
Sunday, 6 September 2015

Kisah Nyata: Simpul Buhul Sihir Dari Kayu


Berikut adalah kisah nyata dari Yordan. Diceritakan selepas membeli kayu bakar, orang ini kemudian di rumahnya memilih kayu kayu tersebut. Tak terduga, dia mendapati sebuah kayu yang agak aneh, kayu tersebut dibungkus plastik dengan rapi, setelah dibuka ternyata kayu tersebut dipenuhi dengan paku paku dengan pola pakuan yang aneh. Melihat ada yang ganjil, dia pun pergi membawa kayu tersebut ke seorang Syaikh.

Syaikh berkata: "kayu ini adalah tumbal sihir, diperuntukkan atas satu keluarga yang terdiri dari Ayah, Ibu dan beberapa orang anak, selama paku ini masih menancap, satu keluarga tersebut tengah dalam keadaan sakit, dan hanya Allah yang mengetahui jenis sakitnya .." Lalu Syaikh itu berkata kembali: "Alhamdulillah kamu belum membakar kayu ini, jika itu kamu lakukan, nescaya satu keluarga tersebut akan Mati semua". Berikut cara rawatan sihir sesuai dengan resep Rasulullah.

Rawatan sihir boleh dilakukan dengan dua cara:

Pertama, dengan ruqyah yang sesuai syariat

Di antara kaedah yang pernah dipraktikkan dan itu mujarab adalah

1. Mandi dengan air yang telah dicampur daun bidara

Persiapan: Sediakan 7 daun bidara hijau, dan satu baldi air yang cukup untuk mandi.

Caranya:

a. Haluskan daun bidara dengan ditumbuk, dan campurkan ke dalam air yang telah disiapkan.

b. Baca ayat-ayat berikut di dekat air (di luar bilik mandi):
  1. Baca ta'awudz: a-'uudzu billahi minas syaithanir rajiim
  2. Ayat kursi (QS. Al-Baqarah: 255)
  3. QS. Al-A'raf, dari ayat 117 hingga 122
  4. QS. Yunus, dari ayat 79 hingga 82
  5. QS. Taha, dari ayat 65 hingga 70
  6. Surat Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
  7. Minumkan air tersebut di atas 3 kali (boleh gunakan gelas kecil)
  8. Gunakan selebihnya untuk mandi.
  9. Cara seperti ini boleh dilakukan beberapa kali, hingga pengaruh sihirnya hilang.
(Kaedah ini disebutkan oleh Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qohthani dalam buku beliau Ad-Dua wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqa, Hal. 35).

2. Membaca beberapa ayat al quran kemudian ditiupkan

Caranya:
  1. Baca surat Al-Fatihah, ayat kursi, dua ayat terakhir surat Al-Baqarah, surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas.
  2. Ulangi sebanyak 3 kali atau lebih
  3. Baca ayat di atas, sampil ditiupkan dan diusapkan ke bahagian tubuh yang sakit.
  4. Baca doa-doa ketika menjenguk orang sakit.
Kedua, menghancurkan simpul sihir

Cara kedua ini adalah kaedah menghilangkan sihir yang paling mujarab. Hanya saja, cara kedua ini agak sukar dilakukan, kerana perlu diketahui simpul sihir yang ditanam oleh dukun. Jika simpul sihir ini boleh dihancurkan maka pengaruh sihir akan hilang total. Simpul ini bak pengkalan tentera bagi si dukun untuk menyihir objek sasaran.

Sebagaimana hal ini pernah dialami oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, seperti yang disebutkan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim. Baca Selengkapnya Rasulullah Pernah Disihir Dengan Simpul Buhul Sihir Dari Rambut Beliau

 Selangkah lagi anda jadi pengusaha!
  • Komentar Dengan Blogger
  • Komentar Dengan Facebook
Item Reviewed: Kisah Nyata: Simpul Buhul Sihir Dari Kayu Rating: 5 Reviewed By: Zulfan Afdhilla