Latest News
Sunday, 29 June 2014

Biografi Ibnu Al-'Awwam (Pakar Agronomi Pertama)


Beliau adalah ahli ilmu pertanian pertama yang paling dikenal dikalangan Islam asal andalusia. Namanya Abu zakaria Yahya ibn Muhammad ibn al awwam. Ia pakar pertama spesialisasi agronomi (ahli ilmu pertanian) dan sangat dikagumi oleh intelektual terkenal Ibn Khaldun, yang dianggap sebagai kampiun agronomi yang cukup berbobot.

Beliau dilahirkan di Seville dan hidup pada zaman kejatuhan peradaban Islam di Andalus. Walaupun beliau menghadapi kesukaran dan berbagai rintangan hidup, namun beliau tetap mampu menghasilkan kitab yang berkaitan dengan pertanian dan peternakan. Baginya kitab mengenai pertanian ini penting bagi umat manusia.

Kitab pertanian yang dihasilkannya itu berjudul “al-Filahah” yang mengandungi 34 bab. Ia terbagi kepada dua bahagian yaitu pertanian dan peternakan.

Bahagian pertama menceritakan cara memilih tanah dan bagaimana untuk menyuburkannya, memilih pupuk, menyalurkan air dan cara menanam dan memilih benih tumbuhan yang sama ada sesuai untuk ditanam atau tidak.

Seterusnya beliau menerangkan cara mengurus kebun baik dari cara memilih benih, jenis tumbuhan yang boleh ditanam yang sesuai dengan tanah serta kawasan.

Beliau juga menunjukkan cara bagaimana untuk menyuntik pohon, mengawinkan pohon, menyembuhkan penyakit pohon, serta cara menyimpan benih dan cara menyimpan buah-buahan yang kering atau basah.

Dalam bahagian kedua pada kitab “al-Filahah” pula, Ibnu Awwam menerangkan mengenai dunia penternakan hewan. Pada bab ini beliau menerangkan bagaimana menternak haiwan dan merawatnya termasuk cara pembedahan yang patut dilakukan atas haiwan sekiranya dihinggapi penyakit.

Kitab Tersebut juga mempunyai satu bab khusus mengenai cara-cara memelihara kuda, termasuk makanan hewan, dan perawatan yang harus diberikan. Selain itu beliau turut menerangkan bagaimana cara menunggang kuda, baik dengan membawa senjata atau tanpa senjata.

Ketinggian ilmu beliau dalam bidang penternakan tidak dapat dihitung. Beliau turut menerangkan cara untuk memelihara unggas dengan sempurna dan baik, beliau mampu mengulas secara terperinci.

Karena bukunya tentang pertanian dan penternakannya itu dianggap sangat berguna, maka ia telah diterjemahkan pada beberapa bahasa diantaranya bahasa Sepanyol (dicetak di Madrid-1802), Seville (1878) dan bahasa Perancis (dicetak di Paris 1865).

Dalam bidang tersebut, beliau telah mengkaji terlebih dahulu sebelum menghasilkan resolusi yang berkaitan dalam pertanian dan penternakan. Ibnu Awamm dianggap sebagai tokoh dan ilmuan yang sangat teliti dalam mengembangkan ilmu yang diketahuinya.

Beliau menulis bukan saja berdasarkan teori semata-mata tetapi berasaskan pengalaman yang dilakukannya terlebih dahulu dan mempraktikkannya.

Sekiranya sesuatu tumbuhan itu tidak sesuai di sesuatu kawasan, beliau akan menjelaskan sebab yang terjadi dan menerangkan apa yang harus dilakukan seterusnya. Ini membuktikan bahwa beliau seorang tokoh yang bertanggungjawab dan jujur dalam mengembangkan ilmu pertanian.

Selain itu, Ibnu Awwam juga sukses mencipta cara menghasilkan berbagai jenis bunga yang berwarna-warni dan menghasilkan buah epal di luar musim. Kisah tokoh ilmuan ini telah menjadi kebanggaan umat Islam pada masa kini.

Hasil karya-karya beliau telah banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk rujukan terutama para petani dan peladang.

Dalam riwayatnya, beliau pernah berkata ; “Sesiapa yang menyemai semaian atau terlibat dalam pertanian, lalu hasilnya dimakan oleh manusia, burung atau haiwan maka ia adalah sedekah bagi dirinya.”

http://www.ensikperadaban.com/?SAINTIS:Ahli_Botani_%26amp%3B_Agronomi:Ibn_Al_Awwam
http://irfanirsyad.wordpress.com/2011/03/13/ibnu-al-awamm-pakar-pertanian-penternakan/

 Selangkah lagi anda jadi pengusaha!
  • Komentar Dengan Blogger
  • Komentar Dengan Facebook

0 komentar:

Post a Comment

Item Reviewed: Biografi Ibnu Al-'Awwam (Pakar Agronomi Pertama) Rating: 5 Reviewed By: Zulfan Afdhilla