Latest News
Friday, 19 April 2013

Biografi Abdul Latif Al-Baghdadi (Sastrawan Iraq)

Nama beliau adalah Abu Muhammad Abdul Latif bin Yusuf bin Muhammad, yang lebih dikenal dengan panggilan Abdul Latif Al-Baghdadi. Beliau merupakan seorang doktor, ahli sejarah dan seorang yang ahli dalam kesastraan Iraq. Beliau juga sangat menonjol dalam bidang nahwu, bahasa dan ilmu kalam. Salah seorang guru belaiu adalah Al-Wajih Al-Wasiti yang berasal dari Mausil.

Beliau mempelajari falsafah dan kedokteran di Baghdad kepada Ibnu Tilmiz, dan kembali ke Mausil lalu berguru kepada Al-Kamal bin Yunus. Selanjutnya beliau pergi ke Damsyik dan belajar kepada para ulama. Setelah itu beliau juga pergi ke Mesir dan berguru kepada Abu Qasim Al-Sya‘rawi, Ibnu Al-‗Amid dan Musa Bin Maimun. Beliau belajar di al-azhar dan pengalam beliau telah ditulis dalam sebuah buku yang berjudul  Al-Ifadah wa Al-I‘tibar fi Al-Umur wa Al-Musyahadah wa Al-Hawadis Mua‘yanah bi Ardi Misri, yang menceritakan keadaan Negeri Mesir, burung-burung, ikan-ikan, tumbuhan-tumbuhan dan yang lainnya. Beliau juga menulis biodata dirinya yang mana buku tersebut sampai kepada kita melalui Ibnu Abi Shubai‘ah. Pada awalnya Beliau terkesan dengan pemikiran Ibnu Sina, melalui buku  An-Nujat dan As-Syifa, tetapi akhirnya beliau telah mengkritik dengan kritikan yang pedas terhadap pandangan-pandangan Ibnu Sina. Beliau terpengaruh dengan pemikiran Aristo, beliau memuji Jabir bin Hayyan dan Ibnu Wasyhiyah tetapi kurang respon terhadap Galinous. Akhirnya beliau memperbaiki buku karangan Galinous dan sekaligus buku karangan Ibnu Sina.

Belaiu menolak aliran Ikhwan Al-Safa, meremehkan ilmu kimia, menafikan perubahan pada galian dan kelikir. Berdasarkan hal itu beliau menyusun kitab Kitab Al-Mujadal baina Al-Hakimin Al-Kimiai wa An-Nazaril dan  Risalah Al-Ma‘adin wa Ibthol Al-Kimia.

Beliau mengikuti ibnu abi usaibah, karangan beliau menjangkau 173 buah kitab. Beliau merangkum ilmu di bidang geografi, kedokteran, bahasa, fiqih, kritikan sastra, ilmu haiwan, ilmu tauhid, sejarah, sains, matematika, pendidikan, sihir, galian, falsafah dan ketuhanan. Dalam ilmu logika, bahasa-bahasa beliau menjangkau apa yang dipikirkan oleh ahli-ahli falsafah modern dan hasilnya setara dengan hasil ahli-ahli falsafah.

Kratchkoski berkata " Al-Baghdadi adalah cendikiawan yang teliti, cenderung kepada pengkajian ilmiah dan menguasai ilmu di segala bidang. Beliau juga banyak mentafsir karangan Hippocrate seperti Syarh Al-Fusul, Syarah Muqaddimat Al-Ma‘rifah dan karangan Galinous Ikhtisar Manhaj Al-A‘dok.

Beliau juga telam mengarang buku yang berkaitan dengan lebah, dan beliau telah meringkas buku karangan Dainuri yaitu An-Nabat dan buku Al-Haiwan yang ditulis oleh Aristo dan Al-Jahiz.

 Selangkah lagi anda jadi pengusaha!
  • Komentar Dengan Blogger
  • Komentar Dengan Facebook

0 komentar:

Post a Comment

Item Reviewed: Biografi Abdul Latif Al-Baghdadi (Sastrawan Iraq) Rating: 5 Reviewed By: Zulfan Afdhilla