Latest News
Sunday, 30 December 2012

Biografi Mirza Ali Muhammad (Sang Bab Pendiri Babiyah)


Pada tahun 1844 Sayyid ‘Alí Muhammad (Mirza Ali Muhammad Asy-Syairazi) dari Shíráz, Iran, yang lebih dikenal dengan gelarnya Sang Báb (artinya “Pintu” dalam bahasa Arab), mengumumkan bahwa dia adalah pembawa amanat baru dari Tuhan. Dia juga menyatakan bahwa dia datang untuk membuka jalan bagi wahyu yang lebih besar lagi, yang disebutnya “Dia yang akan Tuhan wujudkan”. Antara lain, Sang Báb mengajarkan bahwa banyak tanda dan peristiwa yang ada dalam Kitab-kitab suci harus dimengerti dalam arti kias, bukan arti harfiah. Dia melarang perbudakan, juga melarang perkawinan sementara, yang pada waktu itu merupakan praktek Syiah Iran. Ia diasaskan oleh orang Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam mengunakan nama Mirza Muhammad Ali Syirazi yang telah meninggal dunia pada tahun 1853. Pergerakan ini timbul di kalangan Syiah Imamiyah di sebuah kawasan yang bernama Syirazi di dalam wilayah Iran sekarang ini.

Perkataan ‘Albab’ itu sendiri diambil daripada sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya”.
Menurut fahaman Syiah, Saidina Ali merupakan pintu yang dimaksudkan itu tetapi Mirza Ali telah mendakwa dirinya seperti yang dimaksudkan hadis tersebut dan menamakan ajarannya sebagai ‘Babiyah/Babisme’ atau ‘Bahaiyah’. Setelah diasaskan, pergerakan ini dianggotai oleh 15 orang Yahudi di Tehran, 100 orang di Hamdan, 50 orang Yahudi di Kausan dan 15 orang Yahudi di Kalbakian.

Pada awal penubuhannya, pergerakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana pada awalnya, pergerakan dizahirkan sebagai suka kepada amalan Islam yang tulen. Namun selepas itu pergerakan ini telah menyeleweng daripada kehendak Islam dengan mengajak umat manusia untuk keluar daripada semua anutan keagamaan dan membentuk kesatuan agama yang dirumus oleh Mirza Muhammad Ali Syirazi. Beliau bercita-cita membentuk sebuah kerajaan antarabangsa yang mempunyai kesatuan dari segi agama, bahasa dan negara.

Beliau menyeru umat manusia supaya menghancurkan semua tempat ibadat yang ada dan melakukan ibadat Haji di sebuah gunung yang bernama Karmal Ba’ka yang merupakan tanah perkuburan orang-orang Bahaiyah. Lebih dari pada itu, orang-orang Bahaiyah menyokong penuh pembentukan tanah air nasional Yahudi di Palestin dan penubuhan negara Israel. Mirza Ali Muhammad telah mengeluarkan fatwa bahawa ketiga-tiga agama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam adalah benar dan semuanya datang dari Allah.

Beliau juga menyeru supaya disatukan ketiga-tiga agama ini agar membentuk satu agama yang diberi nama ‘Dinullah’ atau ‘Agama Internasional’. Kemudian, beliau mendakwa dirinya sebagai ‘Al-Mahdi’ dan ‘Khalifah’ dari pada Nabi Musa, Isa dan Muhammad SAW. Berikutan dakwaan itu, beliau dijatuhkan hukuman mati oleh pemerintah Iran pada ketika itu yang bernama Syah Tibriz. Selepas kematiannya, semua penganut ajaran ini lari menyelamatkan diri ke merata tempat terutamanya Turki dan Palestin.

Agama Báb tumbuh dengan pesat di semua kalangan di Iran, tetapi juga dilawan dengan keras, baik oleh pemerintah maupun para pemimpin agama. Sang Báb dipenjarakan di benteng Máh-Kú di pegunungan Azerbijan, di mana semua penduduk bersuku bangsa Kurdi, yang dikira membenci orang Syiah; tetapi tindakan itu tidak berhasil memadamkan api agamanya, dan mereka pun menjadi sangat ramah terhadap Sang Báb. Kemudian dia dipenjarakan di benteng Chihríq yang lebih terpencil lagi, tetapi itu juga tidak berhasil mengurangi pengaruhnya. Pada tahun 1850 Sang Báb dihukum mati dan dieksekusi di kota Tabríz. Jenazahnya diambil oleh para pengikutnya secara diam-diam, dan akhirnya dibawa dari Iran ke Bukit Karmel di Palestina (sekarang Israel) dan dikuburkan di suatu tempat yang ditentukan oleh Bahá’u’lláh. Makam Sang Báb kini menjadi tempat berziarah yang penting bagi umat Bahá’í.

Tidak lama selepas itu, pergerakan ini telah timbul kembali di wilayah Palestin yang dipimpin oleh Mirza Husin Ali Bahaillah. Malaon ini lahir pada 1817 dan meninggal dunia pada tahun 1892. Beliau telah mendakwa dirinya sebagai wakil (Khalifah) daripada Mirza Ali Muhammad untuk meneruskan ajaran Babiyah. Beliau kemudian menukar Babiyah kepada Bahaiyah mengambil sempena namanya iaitu Bahaillah.

Selepas kematiannya pada tahun 1892, anaknya yang bernama Abdul Baha’ telah mengembangkan ajaran ini ke seluruh dunia terutama di Eropah dan Amerika Syarikat. Pergerakan ini tidak begitu masyhur di negara Islam tetapi amat aktif di Barat dengan menerbitkan pelbagai jenis risalah dan buku berkenaan fahaman mereka. Pusat pentadbiran Bahaiyah sekarang terletak di Haifa, kawasan penjajahan Israel. Manakala cawangannya terletak di Chicago, Amerika Syarikat yang merupakan pusat pentadbiran Zionis Antarabangsa. Sebagaimana yang kita maklumi bahawa Chicago juga merupakan pusat pentadbiran bagi Gerakan Freemasonry.

 Selangkah lagi anda jadi pengusaha!
  • Komentar Dengan Blogger
  • Komentar Dengan Facebook

0 komentar:

Post a Comment

Item Reviewed: Biografi Mirza Ali Muhammad (Sang Bab Pendiri Babiyah) Rating: 5 Reviewed By: Zulfan Afdhilla